Petang, terlihat banyak kenderaan lalu lalang sibuk melakukan hal-hal mereka sendiri. Said melihat ke arah jam dinding "pukul 5.30 ptg, tak solat asar lagi" bisik hati kecilnya. Said bingkas bangun menuju ke tandas untuk membasuh mukanya yang kusam, letih kerana menjawab soalan-soalan yang mencabar untuk subjek geoteknik tengah hari tadi. Tidak sampai beberapa langkah, "selamat pagi!" terdengar suara sinis dicelah-celah gegendang telinga kiri Said. "chet! kalau suara awek cakap kat aku cam tu seronok jugak dengar..." Said membalas sambil ketawa kecil, "rugi la kau tadi, aku dengan Fakri pergi mkn McD...layan burger...hahaha..." bicara Azam sambil membuat memek muka kepuasan. Said tersengih dihadapan sahabatnya, dia cukup mengenali sahabatnya mengenai kegilaannya terhadap makanan 'badut' itu, Said tidak kisah.
Said ke halaman rumah untuk mengambil wuduk dan terus ke ruang tamu, kelihatan sejadahnya masih lawa. sejadah tersebut dibawa dari rumah "bawa la sejadah sekali" pesan ibunya semasa dia ingin menghuni rumah sewa di Batu Pahat "selalu baca quran, baca yasin, jgn lupa baca surah wakiah..nanti mudah sikit rezeki masuk...kita ni bukanlah orang kaya...kalau lupa Tuhan lagi susah kita nak masuk rezeki" tambah ibunya, "eemmmm" jawap Said pendek, ibunya terus mendiamkan diri tanda faham jawapan anaknya. sejadah dihamparkan, "allahuakbar!" takbiratulihram seiring dengan niat solat asar di dalam hati.
"Said! jom maing takraw" suara pelat Terengganu dari halaman rumah menerjah cuping telinga Said. Baru sahaja selesai berdoa agar hidup diri, keluarga dan orang yang tersayang terpelihara. "Seronok nampak, mesti jawab 'test' tadi tangkas dan cemerlang..cergas sungguh.."jawap Said sambil mengukir garis-garis sindir pada senyumannya. "hahaha..ai mung..dok ngate aku..jom la maing takraw..tak cukup orang ni" kaki lebar Zul menimbang bola takraw yang diambil di dalam baldi kecil di hadapan rumah. Pintu gelangsar kaca memudahkan Said melihat dari dalam rumah. "Kau pergilah dulu..nanti aku datang..nak tukar pakaian dulu". Said main takraw, timbang pengkar, kaki terkinja-kinja, masing-masing ketawa.
"emm..payahnya nak kira pesongan ni...lebar..tinggi..line axis...Iyy...sume nk kene ambil kira ke???" bebel said...terlalu bnyak rumus yang perlu diingati...tak masuk lagi teori...pengurusan pembinaan...jalan raya...orang kata senang..tapi macam sama je dengan bidang lain...ada susah ada senang...mana susah dapat markah cukup makan...mana senang dapat markah bagus,tapi jam kredit sikit pula...hati mendengus, tapi sudah separuh jalan..teruskan sahaja apa yang perlu dilakukan..itu tanggungjawab...
SISI KUKU
manusia semuanya sama tanggungjawabnya..
Sabtu, 16 April 2016
Sabtu, 16 Julai 2011
Permulaan...
salam...
semoga anda gembira selalu...
siang bangun, malam tidur.
siang bekerja, malam bersenda
siang lari, malam baring
siang berdiri, malam mencari
siang sibuk, malam senang
siang melawat, malam menanti
siang memberi, malam menerima
semoga anda gembira selalu...
siang bangun, malam tidur.
siang bekerja, malam bersenda
siang lari, malam baring
siang berdiri, malam mencari
siang sibuk, malam senang
siang melawat, malam menanti
siang memberi, malam menerima
Langgan:
Catatan (Atom)